Perancangan Perkahwinan
Hari demi hari wang hantaran semakin tinggi ikut harga pasaran gula, ayam, daging, beras dan macam-macam lagi sampai kadangkala menyusahkan bakal pengantin (lelaki, perempuan atau dua-dua sekali). Kenapa menyusahkan ? Yelah, masing2 terpaksa menghabiskan wang simpanan mereka yang dah di simpan bertahun2 cuma untuk satu "majlis perkahwinan" yang selalunya jadi majlis menunjuk2 kat jiran tetangga sebab kenduri rumah dia besar (selalunya orang yang kita nak tunjuk tu adalah org yang kita tak suka), canopy sampai 10 buah yang selalunya tak penuh pun tetamu duduk dan lauk pauk ade bermacam jenis yang selalunya lepas tu tak habis dan diagih-agihkan pada jiran tetangga yang dia cadang2 nak menunjuk kenduri dia besar tadi (untung jiran-jiran tu.. dah la sesama tak suka.. tapi dapat lauk free lagi).
Bagi orang yang tak berfikir memang dia akan buat kenduri habis-habisan, yelah.. bukan duit dia orang yang keluar tapi duit pengantin. Macam mana agaknya pengantin nak mengelak dari berhabis duit tapi sebaliknya dapat duit extra lagi atas majlis perkahwinan yang dia buat. Kalau jawapan dia salam kaut (orang melayu suka la salam kaut ni.. sampai labuh poket baju melayu). Tapi kalau itu jawapannya, maknanya pemikiran orang kita memang sampai tahap itu je.
Antara langkah-langkah yang patut dibuat untuk mereka yang menghadapi situasi hantaran tinggi ni bolehlah melakukan seperti berikut:
- kena paham yang perkahwinan tu makna dia perkongsian, jadi takkan kita nak hidup dgn isteri kita lepas kawin nanti sengkek tak berduit, jadi boleh la bawak berbincang dengan makwe/tunang/calon isteri kita tu pasal hal ni. Yang mana boleh kongsi tu dikongsi. Duit barang hantaran, duit belanja kawin dan segala2 perbelanjaan tu dikongsi bersama.
- Mesti perempuan cakap ehh dia nak kat aku.. dia la keluar duit.. kalau sapa2 dapat calon isteri macam ni.. aku nasihatkan korang babai je dia org mula dari saat korang perenggan kedua ni, sebab awal-awal lagi dia dah tunjuk yang dia takkan tolong korang masa korang susah. Untuk perempuan, sabar.. jangan cepat melatah, tak guna dapat hantaran RM10,000 kalau lepas kawin.. awak dgn suami tu nak bayar deposit rumah sewa, nak beli dapur gas, nak beli beras pun tak de duit. Baca dulu cadangan ni sampai habis.
- Masa pihak lelaki merisik tu, pihak perempuan akan tetapkan hantaran, RM8,000, RM10,000, RM beribu-ribu lemon. Cuba negotiate, kata saya nak kurangkan sikit jumlah wang hantaran tu atau pun saya tak nak beri hantaran dalam bentuk wang, saya nak kasi hantaran rumah sebijik (apartment ok kot harga dalam RM50K-RM70K). Duit belanja kenduri pihak perempuan sediakan (Tadi dah cakap ape2 perbelanjaan dikongsikan jadi kongsilah antara korang dan calon isteri korang). Pasal rumah tadi tu pun korang kongsilah (buat hantaran tu untuk kasi gempak je). Korang kongsi.. kalau rumah harga RM50-RM70K baru kena keluar duit dalam RM5,000 - RM7,000.
- Lokasi pembelian rumah ni biar la tempat yang berjenis, yang bukan tempat jin bertendang, lokasi yg mudah disewakan (sebab tu kita beli apartment bukan rumah semi-D) sebab nak sewakan rumah tu yg mana org lain akan bayar pinjaman bank untuk korang dan korang dpt duit poket sikit (minimum kadar sewaan mestilah X 1.5 dari kadar bayaran pinjaman).
- Mesti korang cakap lagi tinggi la belanja kalau hantaran rumah. Aku cakap kalau hantaran rumah sebenarnya tak payah keluar duit masa nak beli. Sebab, nak beli rumah boleh keluar duit KWSP. Tak guna duit sendiri, lepas tu beli rumah yg ade diskaun untuk bumiputera. Kalau tak de, boleh pakat dgn pemaju markup harga kemudian beza harga tu declare diskaun bumiputera dlm SNP jual beli rumah tu. Yang mana diskaun ni pemaju kena bagi balik pada kita (dah dapat balik duit KWSP yang kita keluarkan tadi masukkan dlm simpanan).
- Apply housing loan daily interest, yang ada kemudahan pengeluaran semula lebihan pembayaran atau pinjaman berjangka dengan kemudahan overdraft atau kedua-duanya sekali (pengeluaran dan kemudahan overdraft). Yang mana lepas je buat ni. Korang bleh la keluarkan KWSP akaun 2 korang utk masukkan dalam akaun pembayaran rumah dan kemudian korang boleh keluarkan balik guna kemudahan yang dah disebut dalam perenggan ke-4. (dah dapat duit lagi untuk simpanan).
- ok pasal rumah untuk hantaran dah sedia untuk dihantar ke rumah perempuan. Macam mane pulak kalau pasal duit hantaran belanja kawin yg diminta oleh keluarga perempuan. Sebab tadi korang dah pakat dgn calon isteri kan.. belanja kawin semua kongsi sama2.. jadi duit kenduri patut dah settle awal2 dah.. jadi masa hari lansung korang cuma issue dummy check atas nama yg isteri korang akan koyak lepas dia terima. Nak buat ape duit tu, sebab kenduri dah abiskan.
- Untuk duit kenduri kawin pulak, walaupun korang kongsi2 dgn calon isteri. Tapi tak bermakna korang tak boleh guna duit orang lain. Ada caranya. 1st semua duit simpanan ko dan calon isteri ko.. masuk dalam asb (1 asb je). Takkan la korang nak kawin tak de simpanan RM20,000 kot. (kalau tak de baik jgn kawin.. tak layak lagi nak kawin). Mula2 masukkan semua sekali dalam ASB (Amanah Saham Bumiputera)
- Bawak buku ASB korang pegi mana2 cawangan PNB (kalau tau ASB mesti tau PNB jugakkan) dan korang isi borang tukar pelaburan dari buku ke sijil. Buat sijil sebanyak mungkin tapi memudahkan korang. Buat lah sijil RM5K setiap satu.. kalau ada RM20K ko ade 4 sijil.
- Dapat je sijil ni, ko terus pegi RHB bank, jumpa personal banker dia kata nak buat Overdraft / ASB (OD/ASB). Tunjuk kat dia sijil ASB korang dan isi borang (pastikan korang mintak 95% saja dari nilai sijil).
- lepas seminggu application korang lulus (kalau tak de rekod credit yang buruk, loan tak bayar ke ape ke). masa sign agreement ni korang bukak la akaun semasa, mintak kad atm sekali dan kalau nak guna internet banking mintak kad dot com sekali. Selesai, lebih kurang sebulan lepas tu korang akan dapat duit tu.
- Duit ni jangan joli katak, tapi guna baik2 untuk belanja kawin korang, pandai2 la manage.
- bila dah pakai duit nie sah-sah hutang dgn RHB bank pulak ye tak, jangan risau.. interest utk OD ni rendah je dan jangan lupa ASB kasi dividen tiap2 tahun yang mana dividen ni korang masukkan balik dalam akaun OD korang. (nak naikkan dividen asb nie korang kene konsisten simpan duit tiap2 bulan. (Macam mane nak simpan duit, jawapan dia kene la kurang belanja.. jangan asik nak idup mewah2 je.. benda tak payah beli.. tak payah beli.. buang duit je)
- gaji tiap2 bulan korang masuk dlm akaun OD (masuk semua sekali) . Kemudian dari OD korang buat saving dulu .. saving ke ASB.. lepas tu baru belanja.. untuk org baru kawin.. tak de anak RM 800-1000 tu dah cukup utk belanja bulanan.. kalo lebih tu ade la yg tak kena kat cara korang belanja.
- kalau korang buat cara ni dgn betul, lepas 5-6 tahun korang akan tgk OD korang naik balik masa nie simpanan pun dah byk (masa ni boleh pikir simpanan hari tua dah). Dan sedar tak sedar korang kawin tak pakai duit sendiri pun.. Duit kawin pakai duit OD (bank punya duit) , bayar duit OD guna dividen ASB (bukan duit korang pun.. duit free kerajaan kasi).. beli rumah pakai duit KWSP (pastu boleh keluarkan balik pulak tu utk masuk dlm ASB). Abis kat mane duit korang yg sebenarnya. (Semua duit dalam ASB lah betul tak). Sapa kata nak kawin kena abiskan duit simpanan dan sapa kata nak kawin kene buat loan bank.
Tapi yang penting sekali kita tau macam mana nak uruskan kewangan sendiri dulu, kalau simpanan pun tak de tapi sibuk pegi buat hutang (beli kereta besar.. beli tah ape2 barang pakai kad plastik). Jadi belajar la berubah dulu, lepas tu simpan duit, belajar simpan duit dulu baru pikir nak kawin. Dan cara yang disebut kat atas tadi cuma berkesan untuk orang yang sabar dan orang yg hidup dibawah tahap sebenar kemampuan dia.. gaji RM2000 cuma pakai RM600 sebulan (bujang ye tak.. buat ape nak membazir).. kalau dah kawin.. blum ade anak.. gaji RM2000 pakai RM1000.. simpanan RM1000 (tak masuk gaji isteri lagi ye tak). Cara kat atas cuma berkesan utk org yg sedar kepentingan menyimpan dan dia sabar tunggu masa yang sesuai (waktu untuk bersara dengan selesa). Jadi kepada sesiapa yang masih belum belajar untuk hidup sederhana (sederhana mengikut kemampuan diri sendiri bukan diri orang lain) jadi belajarlah dari sekarang. Tak guna ada kereta besar kalau hutangnya pun besar.. Sebab kebanyakan orang cuma beli benda-benda yang dia tak perlukan semata-mata untuk menunjuk-nunjuk atau untuk sakitkan hati orang yang dia tak suka.